Hanya Secebis Memori.



11 September 2013 

Bermulanya kisah seorang budak hingusan yang mencari rezeki demi sesuap nasi. Time tu first time aku fully based kerja dekat site tu. Takut jugak sebab tak biasa environment kat situ lagi. Nak kena hadap bangla, nepal semua tu. Lagi-lagi aku ni sorang je staff pompuan kat site tu. Site paling problem sekali kalau korang nak tahu. Staff keluar masuk bukan setiap bulan but setiap minggu tak pun setiap hari kot mostly staff malay yang resign. Susah sangat nak nampak staff malay yang lama bertahan. Kalau ada pun safety jela. Tu pun terpaksa. Dapat site manager pulak macam cina bukit. Buta IT pulak tu. Perangai macam taik, kerja pun macam taik. Asyik nak cari salah orang, semua orang tak betul di mata kau kan, kau rasa kau je yang betul. 

Then, tak sampai sebulan aku dekat site tu aku kena transfer dekat hq sebab kena study lagi pasal qs. Seminggu sebelum transfer tu aku kena join meeting dekat hq dengan Director and qs dept. Bosan. Baru first time meeting dah kena sembur dengan takachey ni maybe salah aku jugak sebab sharing note dengan member aku. Mana tak nya aku tak tahu pun ada meeting time tu. Project Manager (PM) aku tak inform aku pun ada briefing qs sekali. Takpe, sabar. Yang paling tak tahan takachey tu siap perli aku bagai cakap boleh ke aku buat qs (spikin landen konon puiii). Time tu aku rasa down sikit (dalam hati aku dah siap sumpah seranah minah ni, hek eleh bajet bagus je minah ni). Tiba-tiba dengar plak satu suara backup aku weh! Ohohoiii. Director backup aku. Terharu siot!!! Maluuuu awwww. Time tu hati aku rasa berbunga-bunga kembang semangkuk jap. Ingat lagi ayat dia cakap "She's still new and she want to learn, give her a chance". Thanks for appreciate me! Siapalah aku time tu. Rupa dah la comot tak lawa. Takde sape pandang pun time tu. Dari saat tu buat aku terfikir dan tersedar apa yang kau pandang dekat aku sampai kau boleh backup aku time tu jika dibandingkan dengan pangkat kau sebagai orang yang paling berpengaruh, director kot. Dari situ aku baru aku sedar mungkin bukan rupa yang menjadi ukuran buat kau tetapi hati kot. Cewah! Persoalan demi persoalan timbul dalam fikiranku lepas dari peristiwa haritu. Ah! lupakan jelah. Benda biasa je tu(ayat nak sedapkan hati). 



Hari berganti hari gelagat kau menjadi-jadi. Ada saja benda kau nak usik aku depan semua staff. Muka selamba. Tapi aku buat bodoh je. Hanya mampu tersenyum. Konon. (Padahal dalam hati rasa nak gelak kuat2, comel jugak aku tengok boss aku ni). Hahaha. Btw, I am still respect you as my boss! Then, satu hari tu kau mengamuk tiba-tiba menjerit, kau berdiri betul-betul 180 darjah sebelah aku. Mahu tak terkejut luruh jantung aku ni ha. But, after 5 minit kau pandang aku tiba-tiba kau senyum. Eh! Dalam hati aku cakap "muka aku ni klakar sgt ke sampai dia tiba2 jadi cool tengok aku pastu senyum kat aku". Abaikan. (Syok sendiri aku ni) .Dan dari saat tu semua hasil kerja aku kau nak tengok. Pastu kalau tengok je takpe ni siap suruh re-do sampai 5-6 kali. Bengang je! Nak taknak kena buat jugak lah. Sampai bawak balik rumah drawing nak siapkan kerja punya pasal. Kebetulan hujan lebat giler time tu. Habis basah lencun drawing aku lunyai dek hujan. Dengan selambanya bawak helmet aku masuk office pagi tu basah lencun kain coklat ketat aku. Konon seksi la tu but seksa ade. Hahaha. Sabar dan redha tu je mampu. Cuma satu je Prinsip yang aku pegang sampai sekarang "setiap kesulitan pasti ada kesenangannya yang penting kena sabar dan jangan pernah putus asa". 

Assobaru minal iman. 

Then, dalam masa yang sama mungkin disebabkan aku tak boleh nak perform kerja yang dia bagi so aku kena transfer ke site 1sentul (management office). Staff problem pulak. Time tu ada staff meeting director pun turun. Dia datang je site firstly tanya pasal performance aku ok ke tak. So far alhamdulillah tiada masalah. Feedback positive. Habis je meeting, tiba-tiba je dia panggil aku cakap nak bagi raincoat dekat aku. Dia kata dia ada beli raincoat dalam kereta dia dan hanya pakai sekali je pastu tak pakai dah so dia nak bagi aku. Aku pun gelak jelah. Sampai sekarang habuk pun tarak. Aiyaaaa. Gurau je. Hahaha. Aku tak kisah pun. Staff kat situ pelik bila nampak aku borak selamba dengan director sedangkan dia dah 2 tahun kerja tak pernah borak selamba macam aku dengan boss. Yeke? Entah. Bagi aku biasa mungkin bagi orang lain luar biasa. Btw aku rasa selesa borak dengan dia. Semulajadi. Takde nak control ke apa ke. Mungkin kami ada chemistry kot (Berangan lagi aku ni). 

Hari berganti hari, masa berlalu begitu pantas sekali dan merubah segalanya. Semua itu hanyalah tinggal secebis memori yang tak akan pernah aku lupakan sampai bila-bila. Biarkan masa yang tentukan. Kau dan aku di dunia yang berbeza. Anggaplah ia  hanyalah sebuah mimpi yang tak akan pernah wujud. 

Tapi, 

"Sumpah demi Allah aku rindu kita yang duku". 

Selamat Malam Cinta!. 









Comments

Popular posts from this blog

Tatkala hati menangis.

Berniagalah jika ingin KAYA

The great thing takes time