(2014-2024) 10 Tahun Perjalanan Yang Sangat Bermakna
2014-2024 “Impian yang ambil masa lama akhirnya tercapai, walaupun jalannya penuh onak dan duri.” Hari ini aku buktikan… anak yatim piatu pun boleh berjaya. Hari ni bukan sekadar hari convo. Hari ni bukti bahawa impian yang lambat, tetap impian yang layak diperjuangkan. 10 tahun jatuh bangun. Pernah tak cukup duit. Pernah hampir berhenti. Pernah hilang arah. Pernah dicaci dan dihina. Tapi semangat ini… tak pernah padam. Kalau aku yang pernah rasa hilang semuanya boleh bangun balik, kau pun boleh. Setiap orang ada masa dia sendiri. Hari ini aku genggam segulung ijazah. Bukan bangga pada kertasnya. Tapi pada perjalanan yang mengajar aku untuk tidak putus asa. Dan akhirnya…aku sampai juga. Tepat pada hari ulang tahun kelahiran aku. Hadiah paling bermakna tahun ni. Bukan kek, bukan hadiah. Tapi diri aku yang tetap bertahan sampai hujung. Satu benda aku belajar. Lambat takpe. Berhenti jangan. Kalau aku boleh bangun balik, Kau pun boleh. Bismillah untuk perjalanan baru. Let them talk. Y...