Posts

Showing posts from November, 2019

LUMRAH HIDUP BERBISNES. SABAR! JANGAN MUDAH MENGALAH.

Perjalanan hidup berbisnes bukan suatu perjalanan yang mudah. Setiap orang berbeza perjalanan hidupnya. Yes, berbeza! Ada yang mengambil masa yang lama untuk jumpa landasan yang betul. Ada yang mengambil masa yang terlalu singkat untuk jumpa landasan yang betul. Maka, bersyukurlah. Semua itu bukan persoalannya, ia sebenarnya adalah untuk menguji sejauh mana tahap kesabaran kita. Adakah kita ni seorang yang mudah berputus asa atau sebaliknya?! Jangan pernah memperlekehkan atau mempersendakan seseorang jika dia masih belum berjaya atau tak nampak hasil dari usaha dia sebaliknya memberi kata-kata semangat dan motivasi kepadanya bukan menghukum atau menghinanya. Terkadang tanpa kita sedar sebenarnya kita lebih suka mengeluh berbanding bersyukur. Percayalah, setiap yang berlaku ada hikmahNya yang tersendiri yang telah ditetapkan oleh Allah. Selamat Malam Dunia. ❤️ Sekian, nukilan dari saya. 23.11.2019 Siti Salbiah Salleh #IAMBLOGGER #ILOVEWRITING #ILOVEREADING

NIAT/NAWAITU DALAM BERBISNES.

Kadang-kadang kita salah tafsir maksud berbisnes. Kita berbisnes ni bukan sebab nak untung tapi sebab kepuasan. Kepuasan bila kita dapat bantu orang. NIAT/NAWAITU kita penting. Bila kita berniat untuk nak bantu orang inshaAllah ada rezeki kita di mana-mana. Bila kita permudahkan urusan orang inshaAllah, Allah akan permudahkan urusan kita. Belajar cara berbisnes dengan Chinese. Saya bekerja selama hampir 6 tahun dengan Chinese (Sampai tersangkut ada boyfriend Chinese - kisah lama but if still ada jodoh tak kemana, tiberrr) 🤭 . Saya suka cara kerja mereka walaupun ada beberapa perkara yang tak semua bagus tapi bila kita pandang dari sudut mereka berbisnes sangat-sangat bagus. Mereka sangat workaholic (kuat bekerja). Bukan ingin banggakan atau ingin menyokong mereka 100%. Apa yang saya nampak, kenapa mereka boleh maju dalam berbisnes. Semangat setia kawan yang sangat kuat (walaupun ada yang tikam sesama sendiri but dalam berbisnes semua tu tolak tepi) dan mereka masih buka kedai w...