Teruskanlah melangkah wahai kaki berangan!



Perjalanan aku mungkin lebih mudah daripada orang lain,
Mungkin sedikit payah daripada sesetengah orang.
Orang cakap aku suka jalan jauh
Sebab aku tak tahu jalan pintas,
Hanya mengikut kaki aku yang melangkah.
Selagi kaki aku masih boleh digerakkan,
Aku mahu terus berjalan,
Walau sedikit lambat dan jalan yang aku lalui jauh.

Aku tahu.
Aku bukannya sehebat orang lain.
Namun aku sentiasa percaya yang Allah berikan jalan itulah yang terbaik.
Walau aku sedih.
Walau aku sedikit kecewa.

Aku percaya,
Bila aku biasa merasa kegagalan,
Aku akan seronok rasa manisnya sebuah kejayaan,
Dan aku benci mengalirkan air mata apabila aku gagal lagi dan lagi,
Kerana aku tahu untuk apakah aku bazirkan air mata untuk kegagalan,
Biar kelak ia hadir ketika aku mengecap kegembiraan.

Aku mungkin sedikit 'pelik' daripada orang lain,
Tetapi,
Aku juga sama seperti orang lain,
Aku tahu siapa aku dan siapa mereka,
Aku sedar kedudukan aku dan kedudukan mereka.

Maka,
Aku hanya berdiri di daerah ini dengan kaki sendiri,
Dengan langkah yang aku ayun kadang laju dan kadang longlai,
Asal sahaja kaki aku mampu berjalan,
Aku akan terus dan terus melangkah,
Walau kerap aku tersepak batu,
Tersadung akar,
Kaki berdarah lebat dengan luka...

Yang pasti,
Aku suka berjalan kerana aku tahu sepanjang perjalanan aku akan bertemu perkara baru,
Kadang ia sekecil semut,
Kadang ia seluas langit infiniti.

Subhanallah,
Aku terima segala yang bermain..

Terima kasih Allah. 

Comments

Popular posts from this blog

Tatkala hati menangis.

Berniagalah jika ingin KAYA

The great thing takes time