Shhhh!..Rahsia.
Macam-macam elemen yang korang kena tahu tentang orang yang korang saya bukan untuk couple semata na..Korang buleh tengok dari segi persamaan minat dan cita rasa.
Contohnya macam logam, air, kayu, api dan tanah dah dinyatakan dalam bentuk yang tersirat melalui tarikh lahir korang yang kadang2 korang sendiri tak perasan.
Just nak share jela..kalau ada yang sama tu maybe kebetulan (bukan 100% sama, haku bukan tukang tilik na) dan kalau yang tak related tu korang ignore jela yo!hope korang suke especially ladies2 yang kat luar sane, just for fun!yang penting kite enjoy! =)
Rahsia Tarikh Lahir
1 haribulan
- Si dia berjiwa seni dan gemar bersantai sambil menenangkan fikiran. Ajaklah
si dia bersantai di pesisiran pantai.
2 haribulan
- Anda boleh mengharapkan pemberian sejambak bunga atau patung beruang kerana
si dia berjiwa romantik. Pada peringkat awal, dia malu-malu kerana takut
dikecewakan. Mulakan perhubungan sebagai teman rapat.
3 haribulan
- Sikap si dia sukar diramal. Lalu anda harus bersedia menghadapi sebarang
kemungkinan. Si dia gemar melancong atau berkhemah, ini membuatkan si dia
kekurangan masa untuk bersama.
4 haribulan -
Kurang yakin dan takut mencuba sesuatu yang baru. Apa kata,
setiap kali si dia bercadang melakukan sesuatu perkara, berilah sepenuh
sokongan kepadanya.
5 haribulan -
Selalunya si dia gemar memendam perasaan. Walaupun menyukai
seseorang, sukar baginya berterus terang.
6 haribulan
- Si dia umpama magnetik. Semua orang sukakannya. Ringan tulang dan bersedia
membantu sesiapa saja.
7 haribulan - Cepat panas baran dan mudah
mengeluarkan perkataan tidak sepatutnya dilafazkan hingga menyinggung perasaan
orang lain. Ada kalanya boleh menimbulkan persengketaan.
8 haribulan - Si dia agak pendiam dan sukar
didekati. Si dia hanya berbicara jika kena pada topiknya.
9 haribulan
- Pandai mengambil hati dan penyayang. Tapi awas! Ramai gadis yang mengejarnya.
Maknanya, anda mempunyai ramai saingan.
10 haribulan
- Jujur, berterus terang dan berusaha mendapatkan apa yang diingini. Si dia
mudah disenangi dan anda pula harus pandai mengambil hatinya.
11 haribulan - Mementingkan kerjaya, ada kalanya
sampai lupakan kehidupan sosial.
12 haribulan
- Lebih bersikap sederhana. Tidak suka memikirkan hal remeh-temeh. Bagi mereka,
yang penting adalah kerjaya dan soal masa depan.
13 haribulan -
Tegas membuat keputusan. Mungkin kali pertama mengenalinya, seseorang cepat
bosan tetapi dia penyayang.
14 haribulan
- Berjiwa penyayang dan sukakan kanak-kanak. Si dia juga mementingkan keluarga.
15 haribulan-
Suka memendam rasa. Sering mengukir senyuman namun di hati, siapa tahu?
16 haribulan
- Garang! Walaupun garang, ada kalanya dia punya sikap romantik dan penyayang.
Tidak hairanlah lelaki jenis ini amat sukar didekati.
17 haribulan -
Lembut namun tegas dalam membentuk keharmonian perhubungan.
18 haribulan
- Berkebolehan melukis dan kreatif. Banyak menghabiskan masanya dengan hobi
ini.
19 haribulan - Mudah tersinggung dan agak manja.
Si dia suka jika anda melayannya seperti bayi. Melalui lirikan dan senyuman
manja anda, sudah cukup untuk menawan hatinya.
20 haribulan
- Tenang dan bersahaja. Ada kalanya jika menghadapi situasi mencemaskan, riak
wajahnya tetap tenang tetapi tidak hatinya.
21 haribulan
- ‘Angin’ tidak menentu tetapi masih boleh dikawal. Gemar bersantai di kafe
sambil mendengar muzik rentak perlahan.
22 haribulan - Agak emosi dan sukar mengawal
perasaan. Tetapi jiwanya mudah cair dengan pujuk rayu gadis.
23 haribulan -
Ego dan pentingkan diri sendiri. Si dia juga mementingkan kawannya.
24 haribulan- Takut menghadapi kekecewaan mungkin disebabkan kisah silamnya.
24 haribulan- Takut menghadapi kekecewaan mungkin disebabkan kisah silamnya.
25 haribulan -
Gembira dan gemar berlawak.
26 haribulan
- Si dia mudah dipengaruhi. Jangan terkejut jika dia mempunyai koleksi kekasih.
27 haribulan-
Walaupun nampak ganas, sebenarnya dia berjiwa sentimental. Jangan pula anda
mengambil kesempatan ke atas dirinya.
28 haribulan -
Si dia suka memerintah. Anda perlu tahu mengawal perasaan sekiranya si dia
bersikap begitu pada anda.
29 haribulan
- Gemar bertukar pasangan. Renungan manja anda dapat mencairkan si dia.
30 haribulan
- Boros berbelanja terutama ‘menyolek’ kereta kesayangannya. Jika boleh, beri
nasihat supaya dia mengawal perbelanjaan dan simpan duit untuk masa depan.
31 haribulan
- Gemar bergaya dan pentingkan penampilan. Si dia juga sukakan gadis yang
berpersonaliti.
Rahsia Tahi Lalat
Masyarakat pada zaman dahulu mengenal seseorang dgn melihat tanda pada badannya.Diturunkan di sini firasat tentang tahi lalat. Sejauh mana kebenarannya tidaklah diketahui dgn jelas. Namun begitu,ia biasa diajarkan di kalangan Masyarakat Melayu.Bahagan Badan >>>Firasat
bibir atas kanan >>>banyak rezeki, pandai
bibir atas kiri >>>>ramai kawan, baik hati
bibir bawah kanan >>>>>>disegani orang, ramai yg suka
bibir bawah kiri >>>>>>pandai bicara, tak mudah kalah
leher kanan >>>>>cerdas, jujur, berani menderita
leher kiri >>>>>>cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan
leher di tengah>>>>> tercapai cita-cita
biji mata kanan >>>>>suka serong dan pembohong
biji mata kiri >>>>>pembohong tetapi baik hati
hujung mata kanan >>>>>baik hati, sopan santun, cerdas
hujung mata kiri>>>>> baik budi, murah rezeki
punggung kanan >>>>>agak mengalami kesulitan
punggung kiri>>>>> malas dan suka duduk
betis kanan >>>>>suka berhibur, boros
betis kiri >>>>rajin,tidak suka menganggur
lutut kanan >>>>>bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha
lutut kiri >>>>>kurang kuat berusaha
kepala sebelah kanan >>>>>terkabul cita-cita
kepala sebelah kiri >>>>>>sering menemui kesusahan
kepala sebelah belakang >>>>>jujur, sabar dan tekun
kening kanan >>>>>>cerdas dan cekap
kening kiri >>>>>cerdas, sopan santun
tengah kening >>>>>keras hati, berani segala hal
hujung mulut kanan >>>>kecil rezeki, tak mudah kalah
hujung mulut kiri >>>>suka berpoya-poya
ketiak kanan >>>>dapat menyimpan rahsia
ketiak kiri>>>>> jujur, banyak yang cinta
pergelangan kaki kanan>>>> suka berpergian (keluar rumah)
pergelangan kaki kiri>>>> kehendak kuat
batang hidung>>>> banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
pada hidung >>>>banyak rezeki
dagu bawah kanan >>>>jujur dan baik hati
dagu bawah kiri>>>> bijak sana dan berbudi luhur
kemaluan kanan atau kiri>>>> baik, suka senggama
di kepala kemaluan (lelaki)>>>> bakal beristeri 2
tumit kanan >>>>jujur dan banyak kawan
tumit kiri>>> baik budi
alis kanan>>>> suka menolong, baik hati
alis kiri >>>>ramai yang suka
pangkal peha kanan >>>>kemahuan kuat
pangkal peha kiri >>>>suka kerja apa pun
telapak kaki kanan >>>>>tak mudah mengeluh
jari kaki kanan>>>> suka menolong
jari kaki kiri >>>>>berbudi, suka berbuat baik
bahu kanan >>>>cermat dlm membuat keputusan, banyak tanggungan
bahu kiri >>>>suka kerja keras, banyak tanggungjawab
buah dada kanan >>>>>baik hati, pendiam,simpan rahsia
buah dada kiri >>>>>ramai kawan, setia pada pasangan
lengan kanan >>>>>setia dan taat pada atasan
lengan kiri >>>>>menepati janji dan rajin
pipi kanan >>>ramai teman
tengah-tengah pipi kanan>>>> ramai yg suka
tengah-tengah pipi kiri >>>>ramai teman
ubun-ubun >>>>>kurang jujur
pusat >>>>>cerdas, tangkas, tekun
pusat bahagian kanan>>>>> sejahtera dalam hidup
pusat bahagian kiri >>>>>beroleh kemuliaan
pinggang kanan >>>>sayang pada pasangan hidup
pinggang kiri >>>>>disayang pasangan hidup
dada kanan >>>>>dapat mengatasi masalah
dada kiri >>>>>berani, jujur dan sabar
telapak kaki kanan>>>>> tidak mudah mengeluh
telapak kaki kiri >>>>>baik budi pekertinya
siku tangan kanan >>>>>kuat ingin memiliki kekayaan
siku tangan kiri >>>>>baik hati, suka menolong
jari tangan kanan >>>>>serba beroleh keuntungan
jari tangan kiri >>>>>serba baik bekerja
jari telapak tangan kanan>>>>> banyak rezeki tapi boros
jari telapak tangan kiri >>>>banyak rezeki dan cermat
pergelangan tangan kanan >>>>boros, suka bersukaria
pergelangan tangan kiri >>>>>dapat berpangkat
perut bawah kanan >>>>banyak rezeki, suka memberi maaf
perut bawah kiri >>>>>baik hati, tenang hidupnya
sudut mata kanan dalam>>>>> disayang suami atau isteri
sudut mata kiri dalam >>>>>tidak mudah dilupakan pasangan
sudut mata kanan luar >>>>>baik budi, ramai yg cinta
pelipis kiri >>>>>murah rezeki, dpt jadi kaya
pelipis kanan >>>>>serba berhasil dalam usaha
kelopak mata kanan>>>>> atas baik hati, ramah, berjaya
kelopak mata kiri atas>>>>> baik budi, ramai yg suka
kelopak mata kanan bawah >>>>agak malas
kelopak mata kiri bawah >>>>>agak bodoh, kurang bijaksana
Rahsia Cinta
Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kamu kenali akan membantu kamu mengenali dia, ketika kamu akhirnya bertemu dengan orang yang tepat tersebut.
2. Kekuatan untuk menghormati
Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apa saja kalau kamu tidak menghormati mereka. Orang pertama yang patut kamu hormati ialah dirimu sendiri. Untuk mulai menghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada diri sendiri “apa yang aku hormati dalam diriku?”. Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak suka, kita patut bertanya pada diri sendiri.”apa yang aku hormati dalam diri mereka?”.
3. Kekuatan untuk memberi
Jika kamu mahu menerima cinta, kamu harus mampu memberikannya terlebih dahulu. Makin banyak cinta kamu beri, makin banyak yang akan kamu terima. Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada dirimu sendiri. Belajarlah untuk melakukan berbagai macam kebaikan. Formula rahsia untuk meciptakan hubungan yang ceria,penuh cinta,dan abadi adalah dengan selalu berfikir “Apa yang dapat aku beri?”dan bukan Apa yang akan aku dapat?”.
4. Kekuatan persahabatan
Untuk mencari cinta sejati,kamu mesti mencari sahabat sejati terlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata kalian saling berpandangan, tapi lebih bererti bersama - sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai seseorang seutuhnya, kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya. Persahabatan
adalah tanah dimana benih cinta dapat tumbuh. Jika kamu ingin membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus menciptakan persahabatan terlebih dahulu.
5. Kekuatan dari sentuhan
Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat, menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan. Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya.Tetapi agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri..
6. Kekuatan untuk melepaskan
“Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu,maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu”. Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar
untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego. “Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku- hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku”.
7. Kekuatan dalam komunikasi
Ketika kita belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur, hidup lalu berubah. Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya. Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya. Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 kata magik : “Aku cinta kamu”. Jangan pernah melewatkan kesempatan untuk mengucapkan itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata - kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya. Contohnya, jika kamu akan mati tapi diberi kesempatan untuk menelefon orang yang kamu cinta, siapa yang akan kamu telefon, apa yang akan kamu katakan…dan sekarang…kenapa kamu menunggu?
8. Kekuatan dari komitmen
Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang berlimpah, kamu harus mampu menciptakan komitmen, dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakanmu. Komitmen adalah ujian cinta yang sejati. Jika kamu ingin memiliki hubungan yang penuh cinta, kamu harus setia dengan hubunganmu itu. Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang, berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmenlah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur, dengan hubungan yang kuat.
9. Kekuatan semangat.
Semangat, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup. Semangat yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarik fizikal, tapi datang dari komitmen yang dalam, kemahuan, dan rasa saling tertarik. Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta. Pokok dari cinta dan kegembiraan selalu sama yang harus kita lakukan adalah mengisi hari - hari kita dengan penuh semangat.
10. Kekuatan dari rasa percaya
Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan. Tanpa rasa percaya, seseorang bisa menjadi curiga, cemas, dan takut dan orang lain akan merasa terperangkap dan secara emosional menjadi tertekan. Kamu tidak boleh mencintai seseorang secara utuh sehinggalah kamu mempercayainya secara utuh pula. Bersikaplah seakan - akan hubunganmu dengan orang yang kamu cintai tidak akan berakhir. Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar - benar untuk kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri “Apakah aku benar - benar mempercayainya sepenuh hati ?” jika jawapannya adalah “tidak”, maka kamu harus berfikir dengan mendalam sebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya.
Rahsia Di Sebalik Tulisan
[Tulisan berubah-ubah]
Ada orang yang bentuk tulisannya tidak pernah berubah-ubah sejak dari dulu lagi. Ha..itu menandakan bahawa dia juga seorang yang sukar untuk berubah. Maknanya dia lebih suka mengekalkan personaliti dirinya yang sedia ada sejak dulu. Sebaliknya jika tulisannya sering berubah-ubah, bermakna dia sentiasa mengalami pembentukan dan pembangunan personaliti dirinya malah dia juga bersikap individual. Dari segi membuat sebarang keputusan, orang yang tulisannya tidak berubah sejak dulu lagi lebih tetap pendirian dan lebih tegas. Manakala mereka yang sering berubah corak tulisan mereka dikatakan lebih mudah untuk berubah fikiran. Bukan bermaksud mereka ini tidak berpendirian langsung tapi keputusan mereka itu masih boleh dipengaruhi oleh orang lain.
[Kecondongan tulisan]
Tegak - Sekiranya tulisannya itu tegak saja bermakna dia seorang yang rajin, bertanggungjawab, pandai bergaul dengan orang lain dan sikapnya amat menyenangkan. Dia juga mampu membuat keputusan dengan wajar dan tepat.
Condong ke kanan - Orangnya bersikap terbuka sama ada dalam pergaulan biasa atau hubungan cinta. Namun dia ini juga sentiasa memerlukan bantuan dan tunjuk ajar daripada orang lain dalam apa juga yang dilakukannya. Dalam erti kata lain, mereka ini kurang yakin dengan tindakan yang diambil dan memerlukan pendapat dan pandangan orang lain untuk menyakinkan diri mereka sendiri. Mereka juga mudah ditimpa perasaan cepat bosan jadi sebab itu cukup pantang kalau mereka kena tunggu lama!
Condong ke kiri - Dia ini seorang yang sensitif walaupun mungkin dari segi luaran nampak dia ini seolah-olah tak kisah sangat. Selain itu, dia juga seorang yang amat berhati-hati dalam apa juga yang dilakukannya kerana dia tidak mahu timbulnya sebarang penyesalan di kemudian hari nanti. Walau bagaimanapun jangan tak tahu, mereka ini seorang yang cukup setia kepada orang yang dicintainya! Cayalah!
[Saiz tulisan]
Besar - Ini menandakan dia seorang yang kurang matang namun dia inginkan orang lain mengikut caranya. Sebab itu mungkin akan timbulnya perselisihan dengan orang sekeliling. Bahkan dia juga amat gembira jika ada orang yang memandang tinggi terhadap keupayaan dirinya.
Kecil - Bentuk tulisan kecil ini menandakan dia seorang yang berfikiran jauh dan bersikap akademik. Selain itu dia juga sebenarnya seorang yang sensitif dan mudah tersentuh jiwanya.
Semakin lama semakin besar - Jika dilihat, mulanya saiz tulisannya taklah besar sangat tapi semakin banyak dia menulis, saiznya bertambah besar. Ini menandakan dia seorang yang berfikiran terbuka tetapi agak kurang berhati hati dalam tindakannya.
Semakin kecil - Ha.. ini pula membawa maksud bahawa dia seorang yang cukup berhati hati tetapi suka menyimpan rahsia. Tapi awas, dia mungkin sanggup berbohong untuk menutup kesalahan dirinya. Kata orang, bohong sunat!
[Bentuk tulisan]
Lebar - Ia menandakan bahawa dia seorang yang aktif dan suka melibatkan diri dalam pelbagai persatuan dan pertubuhan. Selain itu dia juga gemar mengembara sambil bercuti. Tapi nampaknya dia ini kurang bijak dalam menjaga hati teman-teman.
Tulisan kurus - Ternyata dia akan melakukan perkara-perkara yang hanya digemarinya saja.
Tulisan bersegi empat - Otak matematik rupanya dia ni.
Tulisan bulat - Ini menandakan dia seorang yang suka bergaul dan penyayang.
Bersambung - Pemikirannya berdasarkan logik.
Bercerai cerai - Segala tindakannya lebih cenderung mengikut gerak hatinya saja!
[Jarak tulisan]
Tulisan jauh - Sekiranya dia mempunyai jarak antara tulisan agak jauh, bermakna dia sukar didekati dan tak suka orang lain terlalu rapat dengan dirinya. Bukan apa, jika dia mungkin akan bersikap mengongkong atau bergantung pada orang-orang yang rapat dengan dirinya itu.
Tulisan rapat - Memang mudah untuk berdampingan dengan dia ini kerana dia juga berfikiran terbuka.
[Ruangan di tepi]
Perhatikan ruang yang ditinggalkan pada muka surat itu. Sekiranya :
Ruang kiri kanannya sama, jarak ruang di kiri dan kanan muka surat itu adalah sama besarnya -Itu bermakna dia seorang yang berfikiran optimistik.
Ruang muka surat sebelah kiri kecil - Itu menandakan dia seorang yang amat sensitif sebenarnya!
Ruang muka surat kanan kecil - Sememangnya dia seorang yang rajin namun sukar membuat pertimbangan yang sewajarnya.
Penuh satu muka surat - Ternyata dia seorang yang amat tegas dan mempunyai banyak ide bernas yang boleh dikongsi bersamanya.
Perilaku Berdasarkan Tarikh Lahir Islam
HIJRAH
Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan
MUHARRAM
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.
SAFAR
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.
RABIULAWAL
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.
RABIULAKHIR
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.
JAMADIL AWAL
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.
JAMADIL AKHIR
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.
REJAB
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.
SYA’ABAN
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya danmudah mendapat rezeki.
RAMADHAN
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.
SYAWAL
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.
ZULKAEDAH
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.
ZULHIJJAH
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan
Rahsia Bulan Kelahiran Mengikut Bulan Kelahiran
BERDASARKAN KAJIAN OLEH DATO FADZILAH KAMSAH
Bulan Januari
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik, sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik, rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan, suka smart, kemas dan teratur, bersifat sensitif , berfikiran mendalam, pandai mengambil hati org lain, pendiam kecuali telah dirangsang, agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi, mudah mendisiplinkan diri sendiri, badannya sihat tetapi mudah diserang selsema, bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya, cukup sayang pd kanak-kanak, suka duduk rumah, setia pada segala-galanya, perlu belajar kemahiran sosial , cukup cemburu yg sangat tinggi.
Bulan Februari
Berfikiran abstrak , sukakan benda yang reality dan abstrak, inteligent, bijak dan genius , berpesonality yg mudah berubah , mudah menawan org lain, agak pendiam. Pemalu dan rendah diri , jujur dan setia pd segalanya, keras hati untuk mencapai matlamat, tidak suka dikongkong , mudah memberontak apabila dikongkong , suka kegiatan yg lasak , emosinya mudah terluka dan sgt sensitif, mudah mempamirkan marahnya , tidak suka benda yg remeh-temeh, suka berkawan tapi kurang mempamerkannya, sangat berani dan suka memberontak, bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan adaharapan, utk merealisasikan impiannya, pemerhatian yg tajam, suka hiburan dan sukan, suka benda yg bersifat seni, sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran, berkecenderungan pd benda yg tahyul, amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros, belajar untuk mempamirkan emosi
Bulan Mac
Berpesonaliti yg menarik dan menawan, mudah didampingi, sgt pemalu dan pemendam rasa, sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudahsimpati , sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alampersekitaran, suka pada kedamaian, sgt peka kepada orang lain, sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain, tidak cepat marah dan sangat amanah, tahu balas budi dan tahu kenang budi, pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam, kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal, suka berangan-angan, suka melancong, sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi, kelam kabut dalam memilih pasangan suka dgn hiasan rumahtangga, punya bakat seni dalalm bidang muzik, kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik, jgn terlalu moody.
Bulan April
Sangat aktif dan dinamik, cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal, sgt menarik dan pandai manjakan diri, punya daya mental yg sangat kuat, suka diberi perhatian, sgt diplomatik (pandai memujuk).
berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org, sgt berani dan tiada perasaan takut, suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah emosi cepat terusik try control the emotion kecenderungan bersifat dendam, agresif, kelam kabut utk membuat keputusan kuat daya ingatan, gerak hati yg sangat kuat, pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain, berpenyakit disekitar kepala dan dada sgt cemburu dan terlalu cemburu
Bulan Mei
Kekerasan hati & degil , kuat semangat & bermotivasi tinggi, pemikiran yg tajam, mudah marah apabila tidak dikawal , pandai menarik hati org lain & menarik perhatian, perasaan yg amat mendalam , cantik dr segi mental & fizikal, tidak perlu dimotivasikan , tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain, mudah dipujuk, bersikap sistematik (otak kiri), suka berangan , kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit daya khayalan yg tinggi permikiran yg tajam pandai berdebat, fizikal yg baik , kelemahan sistem pernafasan suka sastera,seni & muzik serta melancong tidak berapa suka duduk dirumah tidak boleh duduk diam tidak punya ramai anak rajin dan bersemangat tinggi agak boros
Bulan Jun
Berfikiran jauh & berwawasan , mudah ditawan krn sikap baik berperangai yg lemah lembut mudah berubah sikap,perangai idea atau mood idea yg terlalu banyak di kepala, bersikap sensitif otaknya aktif (sentiasa berfikir) sukar melakukan sesuatu dgn segera bersikap suka menangguh-nangguh bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik cepat marah &cepat sejuk suka bercakap & berdebat suka buat lawak & bergurau otaknya cerdas berangan-angan, mudah berkawan & pandai berkawan org yg sangat tertib pandai mempamerkan sikap mudah kecil hati mudah kena selsema suka berkemas cepat rasa bosan sikap terlalu memilih & cerewet kurang mempamerkan perasaan, lambat nak sembuh apabila terluka hati, suka kepada barang yang berjenama, mudah menjadi eksekutif , kedegilan yg tidak terkawal , sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya.
Bulan Julai
Sangat seronok didamping , Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki, Agak pendiam kecuali diransang, Ada harga dan maruah diri, Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan , Mudah dipujuk dan bercakap lurus, Sangat menjaga hati orang lain , Sangat peramah, Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya , Berjiwa sentimental , jarang berdendam , mudah memaafkan tapi sukar melupakan , tidak suka benda remeh-temeh , membimbing cara fizikal dan mental , sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang, layanan yg serupa dgn semua orang, tinggi daya simpati , pemerhatian yg tajam , suka menilai org lain dgn pemerhatian, mudah dan rajin belajar , suka muhasabah diri , suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama, suka mendiamkan diri , suka duduk dirumah , suka tunggu kawan tapi tak cari kawan, tak agresif kecuali terpaksa , lemah dari segi kesihatan , perut mudah gemuk , tak kawal diet , minta disayangi, mudah terluka hati tapi lambat pulih, terlalu mengambil berat, rajin dalam membuat kerja
Bulan Ogos
Suka berlawak, mudah tertawan kepadanya, sopan santun dan caring terhadap org lain, berani dan tidak tahu takut, orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan, pandai pujuk org lain , terlalu pemurah & bersikap ego , nilai harga diri yg sangat tinggi , dahagakan pujian, semangat juang yg luar biasa , cepat marah & mudah mengamuk, mudah marah apabila cakapnya dilawan, sangat cemburu, daya pemerhatian yg tajam & teliti, cepat berfikir, fikiran yg berdikari , suka memimpin & dipimpin , sifat suka berangan , berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat, sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk, cepat apabila ditimpa penyakit , belajar utk relax , sikap kelam kabut , romantik ,pengasih,penyayang , suka mencari kawan
Bulan September
Sangat bersopan santun & bertolak ansur, sangat cermat,teliti & teratur, suka menegur kesilapan org lain & mengkritik, pendiam tapi panda bercakap, sikap sangat cool sangat baik & mudah simpati, sangat perihatin & terperinci,amanah,setia & jujur, kerja yg dilakukansangat sempurna, sangat sensitif yg tidak diketahui org yg banyak berfikir , daya pentaakulan yg baik, otak bijak & mudah belajar, suka mencari maklumat, kawal diri dari terlalu mengkritik, pandai mendorong diri sendiri, mudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) kerana banyak simpan rahsia, suka sukan,hiburan & melancong , kurang menunjukan perasaan terluka hatinya sangat lama disimpan, terlalu memilih pasangan , sukakan benda yg luas, bersistematik
Bulan Oktober
Suka sembang, suka org yg sayang padanya, suka ambil jln tengah, sangat menawan & sopan santun, kecantikan luar & dalam tidak pandai berbohong & berpura-pura, mudah rasa simpati,baik pentingkan kawan, sentiasa berkawan, hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama, cepat marah , pentingkan diri sendiri , tidak menolong org kecuali diminta , suka melihat dari perspektifnya sendiri, tidak suka terima pandangan org lain, emosi yg mudah terusik >>>>> > >>> > suka berangan & pandaibercakap, emosi yg kelam kabut , daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan), suka melancong,bidang sastera & seni, pengasih ,penyayang & lemah lembut, romantik dlm percintaan, mudah terusik hati & cemburu, ambil berat tentang org lain, suka kegiatan luar , org yg adil, boros & mudah dipengaruhi persekitaran , mudah patah semangat
Bulan November
Banyak idea dalam perkara , sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya, berfikiran kehadapan , berfikiran unik dan bijak, penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa, pemikiran yg tajam , daya firasat yg sgt halus dan tinggi , bagus utk jadi doktor, cermat dan teliti, personaliti dinamik, sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia, banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra, berani, pemurah setia dan byk kesabaran, terlalu degil dan keras hati, apabila hendak Diusahakan sehingga berjaya , tak suka marah kecuali digugat , mudah ambil berat terhadap orang lain, pandai muhasabah diri , cara berfikir lain dari org lain , otak yg sangat tajam , pandai mendorong diri sendiri , tidak hargai pujian , kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya, badan yg tough, kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam, romantik, tidak pasti dgn hubungan kasih sayang, suka duduk dirumah, sangat rajin dan berkemampuan tinggi, amanah, jujur setia dan pandai berahsia, tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi, bercita-cita tinggi perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.
Bulan Disember
Sangat setia dan pemurah, Bersifat patriotik, Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan, Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa, Bercita-cita tinggi, Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi, Seronok didampingi, Suka bercampur dgn org, Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai, Sangat jujur amanah dan bertolak ansur, Tidak pandai berpura-pura, Cepat marah , Perangai yg berubah-ubah , Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi, Benci pada kongkongan , Suka berlawak, Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik.
Comments
Post a Comment