Tugas Jurutera Awam (Civil Engineer)

Jurutera Awam 
Jurutera awam bertanggungjawab untuk merekabentuk dan menyelia pembinaan jalan, lapangan terbang, terowong, jambatan, pembekalan air dan sistem pembentungan serta bangunan. Jurutera awam menggunakan teknologi yang canggih dan konsep terkini dalam rekabentuk berbantu komputer dalam kerja-kerja rekabentuk, pembinaan, penjadualan projek dan kawalan kos.


Anggaran Gaji
Sektor Awam (RM) : 2,000 - 5,500
Sektor Swasta (RM) : 3,000 - 6,000


Tahap Pendidikan
DLKM Tahap 5
Ijazah Kejuruteraan Awam

Contoh Institusi
Universiti Teknologi Malaysia
Kolej Tunku Abdul Rahman
Universiti Malaysia Sabah
Institut Teknologi Tun Hussein Onn
Universiti Teknologi Mara
ADTEC
Universiti Malaya
Universiti Malaysia Sarawak
Universiti Putra Malaysia
Universiti Sains Malaysia

Senarai Tugas
Mengekalkan hubungan baik dan perundingan teknikal dengan pakar lain yang berkaitan.

Mentadbir kontrak dan mengesahkan pembinaan siap dengan memuaskan

Mengkaji dan memberikan nasihat dari aspek teknologi bahan/proses tertentu atau sistem yang berkaitan dengan kerja kejuruteraan awam

Mengelola dan mengarah buruh tapak dan menghantar bahan pembinaan, loji, dan kelengkapan yang diperlukan untuk projek pembinaan

Menetapkan sistem kawalan untuk memastikan struktur berfungsi dengan cekap termasuk keselamatan dan perlindungan alam sekita

Menentukan dan mengkhususkan kaedah pembinaan, bahan dan standard kualiti, dan mengarahkan kerja pembinaan

Memberikan nasihat dan mereka bentuk struktur seperti jambatan, empangan, dok, jalan raya, lapangan terbang, landasan kereta api, saluran paip, pelupusan sampah, dan sistem kawalan banjir serta bangunan industri dan bangunan besar lain

Menjalankan penyelidikan, membangunkan kaedah baru tentang kejuruteraan awam

Comments

Popular posts from this blog

Tatkala hati menangis.

Berniagalah jika ingin KAYA

The great thing takes time