6 kelebihan mandi sebelum subuh

Di antara manfaat mandi sebelum subuh:

1)Kulit lebih lembut dan halus


Selalunya, bila mandi pada waktu pagi mesti nak pasang water heater, bila mandi air hangat ni tak la sejuk sangat. Betul tak? Tapi tahu tak kalau mandi dengan air sejuk, lingkaran hitam bawah mata dapat dikurangkan, makin hari makin cantik dan segar! Kuku pun sama, ia akan jadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula jadi lebih lembut dan halus.


2)Melancarkan peredaran darah


Peredaran darah akan jadi lancar, jadi tubuh badan akan jadi lebih sihat dan bertenaga. Malah boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.


3)Meningkatkan kesuburan


Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.


4)Mengurangkan risiko darah tinggi


Cara mandi sebelum subuh ini mungkin merupakan salah satu cara untuk mengurangkan penyakit darah tinggi. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit akan pulih.


5)Mengurangkan tekanan serta tenang


Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring (tidur). Kalau mengalami depresi, stress atau tekanan, inilah cara yang terbaik menghilangkannya. Oleh itu, ubahlah tabiat kepada mandi pagi sebelum subuh.


6)Meningkatkan sel darah putih


Mandi dengan air sejuk akan meningkatkan sel darah putih dan imunisasi di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. Jadi, badan kita tidak mudah dijangkiti dengan sebarang penyakit.

Comments

Popular posts from this blog

Tatkala hati menangis.

Berniagalah jika ingin KAYA

The great thing takes time