LUMRAH HIDUP BERBISNES. SABAR! JANGAN MUDAH MENGALAH.
Perjalanan hidup berbisnes bukan suatu perjalanan yang mudah. Setiap orang berbeza perjalanan hidupnya. Yes, berbeza! Ada yang mengambil masa yang lama untuk jumpa landasan yang betul. Ada yang mengambil masa yang terlalu singkat untuk jumpa landasan yang betul. Maka, bersyukurlah. Semua itu bukan persoalannya, ia sebenarnya adalah untuk menguji sejauh mana tahap kesabaran kita. Adakah kita ni seorang yang mudah berputus asa atau sebaliknya?! Jangan pernah memperlekehkan atau mempersendakan seseorang jika dia masih belum berjaya atau tak nampak hasil dari usaha dia sebaliknya memberi kata-kata semangat dan motivasi kepadanya bukan menghukum atau menghinanya. Terkadang tanpa kita sedar sebenarnya kita lebih suka mengeluh berbanding bersyukur. Percayalah, setiap yang berlaku ada hikmahNya yang tersendiri yang telah ditetapkan oleh Allah. Selamat Malam Dunia. ❤️ Sekian, nukilan dari saya. 23.11.2019 Siti Salbiah Salleh #IAMBLOGGER #ILOVEWRITING #ILOVEREADING