Posts

Showing posts from June, 2026

(2014-2024) 10 Tahun Perjalanan Yang Sangat Bermakna

Image
 2014-2024 “Impian yang ambil masa lama akhirnya tercapai, walaupun jalannya penuh onak dan duri.” Hari ini aku buktikan… anak yatim piatu pun boleh berjaya. Hari ni bukan sekadar hari convo. Hari ni bukti bahawa impian yang lambat, tetap impian yang layak diperjuangkan. 10 tahun jatuh bangun. Pernah tak cukup duit. Pernah hampir berhenti. Pernah hilang arah. Pernah dicaci dan dihina. Tapi semangat ini… tak pernah padam. Kalau aku yang pernah rasa hilang semuanya boleh bangun balik, kau pun boleh. Setiap orang ada masa dia sendiri. Hari ini aku genggam segulung ijazah. Bukan bangga pada kertasnya. Tapi pada perjalanan yang mengajar aku untuk tidak putus asa. Dan akhirnya…aku sampai juga. Tepat pada hari ulang tahun kelahiran aku. Hadiah paling bermakna tahun ni. Bukan kek, bukan hadiah. Tapi diri aku yang tetap bertahan sampai hujung. Satu benda aku belajar. Lambat takpe. Berhenti jangan. Kalau aku boleh bangun balik, Kau pun boleh. Bismillah untuk perjalanan baru. Let them talk. Y...

"Bermula Dari Site Engineer ke Real Estate: Ini Bukan Cerita Dongeng"

Image
“I'll spread my wings and I'll learn how to fly.  I'll do what it takes 'til I touch the sky. Stars can’t shine without darkness”       Pernah tak rasa macam nak resign dari kerja tapi takut? Takut hilang pendapatan. Takut pandangan orang. Takut gagal. Takut…hidup tak jadi. Saya pernah rasa semua tu. Dan saya pilih untuk tetap jalan. Walaupun jalan tu gelap, tak tahu hujung dia kat mana. Lepas resign dari kerja sebagai Asst. Site Engineer, saya masuk ke dunia bisnes..tanpa pengalaman, tanpa mentor, tanpa modal yang hebat. Tapi saya bawa satu benda yang orang tak nampak: NEKAD & MARUAH. “Setiap orang pernah berada di titik terendah. Tapi tak semua orang berani bangkit balik.” Saya buang ego diri, tak malu dan mula balik dari bawah sebab nak belajar selok belok bisnes. Nak menuntut ilmu tak perlu malu. Ada orang bayar beratus-ratus dan ada yang beribu pergi kursus motivasi, coaching, mentoring dengan sifu-sifu hebat tapi mentor saya adalah dengan cari pengalaman pr...