Eid Mubarak 1437H
Assalamualaikum.
Andai bacuhan simen boleh tersalah nisbah, inikan lagi manusia biasa.
Mungkin kita hanya pandai survey ragam manusia tapi tak pernah memahaminya.
Kehidupan ini ibarat 'theory of structure' sangat rumit andai kita tersalah langkah.
Sedangkan 'RC design' pun kena kira balik inikan lagi dosa kita sesama manusia.
Renungkan kembali seperti mengira analisis struktur, rumitkan?
Sebab itu belajar 'steel design' umpama nak repair balik diri kita.
Sedangkan peralatan dalam lab geoteknik boleh rosak, inikan pula hubungan kita sesama manusia.
Pernah rasa dugaan? Andai 'bending moment' tersalah percaturan, kita takkan tahu betapa ricihnya jalan kita.
Oleh itu, rapatkanlah hubungan kita seperti simen yang memerlukan pasir dan air. Saling bergantung antara satu sama lain.
Walaupun sukar seperti menggunakan STAAD Pro percayalah bahawa ada insan di luar sana yang masih menganalisa menggunakan Kaedah 'Moment Distribution'.
"Yang jauh itu WAKTU,
yang dekat itu MATI,
yang besar itu NAFSU,
yang berat itu AMANAH,
yang mudah itu BERBUAT DOSA,
yang panjang itu AMAL SOLEH,
yang indah itu SALING MEMAAFKAN."
Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin.
Kosong kosong ye!
Salam ikhlas dari saya,
Siti Salbiah Mohd Salleh
06.07.2016
bersamaan 1 syawal 1437H
Sekian, terima kasih. ❤️





Comments
Post a Comment