Permata dan Berlian.



"Jadilah seperti permata yang berkilauan". 
Yang tidak mudah disentuh kecuali oleh yang berhak dan lelaki yang halal bagimu. Yang menyedari kemuliaannya. Yang menundukkan pandangannya, memelihara auratnya. Yang teguh menjaga kehormatan dan kesuciannya.

"Jadilah seperti berlian yang tahan akan tekanan dan suhu yang sangat panas".
Lihatlah berlian ketika ia tahan akan tekanan dengan suhu yang tinggi ia begitu cantik dan mempesona. Ia kadang disukai oleh ramai orang dan digemari oleh setiap orang akan keindahannya.
Proses  terbentuk sebuah berlian itu ketika suhu dan tekanan menjadi satu dan ketika berlian itu mampu bertahan disitu lah bentuk keindahan berlian itu”

Bukan kerana keindahan dan kecantikannya yang harus kita tiru tetapi proses menjadi indah dan cantik itulah yang harus kita contoh. Dan Jadilah Seperti Berlian yang kuat akan tekanan dengan suhu yang tinggi.


Seberapa besar pun tekanan dan suhu yang kita hadapi bertahanlah, kerana disitulah letak keindahan yang akan membuat kita menjadi lebih dari orang lain. Memang, ujian itu berat tetapi ketika kita tidak mampu untuk menghadapinya rasa berat itu akan menjadi lebih sakit. Terkadang kita menderita akan ujian tersebut. Maka bersabarlah teman dan mencari jalan penyelesaiannya.

Jika kita dapat menemui jalan keluar semua masalah akan menjadi mudah dan berbahagia lah, setiap kesulitan pasti ada kesenangannya. Dan bersabarlah ketika Allah menguji mu.

Firman Allah tentang orang yang bersyukur.

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”.
(QS: Ibrahim Ayat: 7)


Comments

Popular posts from this blog

Tatkala hati menangis.

Berniagalah jika ingin KAYA

The great thing takes time