Cukuplah Aku Mencintai Dalam Diam.

Kalau kita sukakan seseorang,
Jangan beritahu si dia,
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya,
Tapi luahkan pada Allah,
Beritahulah Allah,
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita..

Cintai Dia Dalam Diam,

Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan dan Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana Allah maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran Allah kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah maka ia pun berhilir hanya kepada Allah.

" Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah."
( Adz Dzariyat : 49 )

Tetapi jika kelemahan masih nyata di sudut mata, maka bersabarlah, berdoalah, berpuasalah..

"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk." ( Al Israa' : 32 )

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,

Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya dan
Dia telah menciptakan seseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak,
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
Namun kau tahu cintamu tak terbalas,
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu dan,
Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik 
Untukmu....

Cukup cintai dalam diam,

Bukan kerana membenci hadirnya,
Tetapi menjaga kesuciannya,
Bukan kerana menghindari dunia,
Tetapi meraih syurga-Nya,
Bukan kerana lemah untuk menghadapinya,
Tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan
Yang begitu halus dan menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan,

Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian,
Kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan,
Kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga..

;)


Comments

Popular posts from this blog

Tatkala hati menangis.

Berniagalah jika ingin KAYA

The great thing takes time